HOLA!
krik krik girl. testing2
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

Survive
Assalamualaikum Hye :`)

Malamni nak cerita pasal pahit manis first sem kat UiTM hehe. UiTM mana? UiTM Jengkaaa. Jengka? ada dengar citer apa-apa ke. haha kalau ada dengar tu mesti pasal penunggu tu :P tapi aku tak kesah sangat pasal benda-benda macamtu sebab dah biasa. Time duduk asrama dulu pun macamtu biasala bukan kita je hidup kat dunia ni asalkan kita tak buat hal, dekat dengan Allah hehe ;`)

First sekali mula-mula masa dapat tahu UPU dan dapat dekat Jengka ni tak tahu perasaan macam mana. macam ntahla macam takde perasaan pun ada. Sebab sebenarnya tak expect pun dapat mana-mana U . Aku dah set dalam otak macamtu dan destinasi aku lepas spm ingat nak sambung matrik je. So aku tak nervous langsung masa result UPU tu keluar huhu. tup-tup dapat weh macam pelik je ada masalah teknikal ke haha sebab result aku takla tinggi pun cukup-cukup makan je. yang aku geram B+ banyak pulakkk aduhh. Hm takpela dah lepas. 

So memang dalam dilema la nak pergi mana. Oh ya kos yang aku dapat tu diploma. 3 tahun. Nak banding dengan matrik memang singkat matrik tapi cara beajar diorang teruk, penat. Aku tak kesah pun pergi mana-mana sebab ntahla memang jenis macamni -.- jenis pelik. Pastu ayah aku suruh aku ambik yang diploma tu so aku ikut jela walaupun tak ada kawan!!! 

Serious talk weh aku memang takleh kalau takde kawan lebih-lebih lagi kawan SMAASZA aku. Yela dah 5 tahun bersama satu asrama satu katil satu bantal memang kamcing. Bangun-bangun je mesti hadap muka-muka tu, dalam kelas kena denda masa Addmath ke semua muka tu. Tapi kali ni bangun-bangun tengok muka orang lain dah takde muka sama sedih :`(( Aku pelik gila kenapa aku sorang jeee sesat kat Jengka ni. Dalam ramai-ramai batch aku kenapa takde yang apply kos macam aku tak guna betul! Ada la 2 orang budak laki yang dapat kat aku tu. Sorang dapat kos sains, sorang lagi kos sama dengan aku tapi dua-dua taknak pergi situ haihh sakit hati betul haha. 

Ok pendekkan cerita, hari first daftar ye hehe
Dengan berbekalkan semangat dan sedikit ketabahan dalam hati pergi daftar check in bilik wadduh check in ^^' macam hotel je kuakuakua. First jejakkan kaki hm rindu pulak suasana tu budak freshie la kan. Dengan tak kenal sape-sape pun aku kuatkan juga langkah eksaited jugak sikit dah masuk universiti macam tak caye je aku dah besarrr hahaha. *tapi perangai still macam budak tolong ubah ye cuyin* 

Pastu MDS macam biasala penat sangat malas nak citer pasal tu hehe. Pastu dah start kelas, kami dah ditetapkan kelas masing-masing so aku dapat kelas Q! Minggu pertama dengan kedua memang lecturer tak masuk langsung. kerja aku memang tidur je sepanjang kelas sampai naik muak. Puas tidur. Kadang aku layan perasaan tulis ayat-ayat sedih aku dalam buku hahaha. Kelas pun senyap je memang bosan gila! sampai satu saat tu airmata aku ni mengalir sendiri je wey dalam kelas tu hahha sedih sangat ;'( sebab aku teringat dekat kawan-kawan aku masa tu. Awal-awal tu tak rapat pun dengan classmate semua diam aku mana boleh diam!! aku akan rasa lonely pastu mula la nangis haihh. masa tu la aku pergi dewan makan sorang-sorang. Beli makanan sorang. Semua sorang. Memang tu bukan aku la. Tapi tak semua la ada je berteman hehe.

Start dari tu la aku rasa tak best duduk sini, tak best sangat ;(( Apa aku buat? membebel dekat kawan lama aku. mereka la yang kuatkan semangat aku balik bagi positive thoughts walaupun masa tu aku memang tak kuat gila. Sampai rasa macam bagaimana aku nak hadap semua ni 3 tahun. Aku doa banyak-banyak. doa. doa. doa. Tu je aku mampu masa tu. Sebab aku tahu semua yang Allah tetapkan ni mestiiii ada sebab dia so i pray so that He gives me the way to find the light step by step.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan. ALHAMDULILLAH YA ALLAH aku dah start bahagia :') kenapa? Walaupun tak dapat ramai sangat kawan tapi most of them are friendly. baik sangat! Aku dah start rapat dengan classmate aku. Boleh kata macam dah lama kenal huhu. Dan aku dah start suka duduk sana walau tak banyak hiburan kat sana :D . Masa mula-mula tu aku biasa makan nasi sorang-sorang dalam bilik kalau roommate tak balik lagi. Aku memang benci makan sorang-sorang. dekat asrama mana ada makan sorang. Makan berjemaah wey. Ramai-ramai memang syokk. Tapi bila aku rapat dengan classmate aku turun makan bilik diorang, lepak ramai-ramai, malam-malam tengok movie. Aku suka XD Baru la nampak macam ada life sikit, ada kawan, tak lonely uhuhu.

Masa terus berlalu. anddd pejam celik pejam celik dah final! Alhamdulillah dah habis final tengah tunggu result lagi seminggu tolong doakan ye hehe ;) Kalau nak cerita setiap benda yang aku lalui memang tak habis malamni lagipun ni aku rasa dah panjang korang sanggup ke baca haha. eh ada orang baca ke hahaah takpe aku tak kesah sangat sebab memang jenis aku macamni. Suka tulis apa yang aku rasa sebab dengan cara ni aku rasa semua yang aku pendam, semua dikeluarkan dengan bait kata. 

Apa yang aku boleh konklusikan.......
Musim berubah, sedangkan waktu pun sentiasa berputar kenapa kita masih nak tertinggal di belakang sedangan kejayaan melambai-lambai di hadapan? Cuba la mulakan hidup baru bukak buku baru dekat tempat baru. Cuba hidup tanpa orang yang tersayang. Survive! Tapi, tapi, tapi jangan pernah lupa insan yang pernah hadir dalam kehidupan yang telah banyak mewarnai hidup kita selama ni walaupun coraknya tak selalu bahagia tapi tetap mengajar kita. kan? hehe 

Oh ya lagi sebulan aku dah nak masuk sem 2 kejap je kan? aku eksaited ni tak sabar nak belajar lagi and makes more friends! hihi. Next entry kalau aku rajin aku citer pasal kesatria yang menyeksakan tapi manis di hujungnya auch! XD

Assalamualaikum bye genite ^^


1 comment[s]

Status : No need to be worry of your future because it has been planned by Allah as beautiful the way is, all you need is just work towards it. Gambate!


Arigatou!