HOLA!
krik krik girl. testing2
ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

Sampai akhir nanti
Dalam hidup ini ada banyak perkara yang berubah. Sama ada bakal berubah ataupun sudah lama berubah. Yang pasti tetap akan ada yang berubah. Begitu juga dengan hidup saya yang telah banyak berubah selepas kejadian itu. Malah telah meninggalkan luka yang begitu dalam di dataran hati saya. Yang pasti tidak akan pernah ada penawar untuk luka ini kembali sembuh kerana semuanya berlaku kerana perbuatan saya sendiri...

 Pada waktu itu untuk kesekian kalinya airmata perempuan itu gugur lagi kerana seorang lelaki yang bergelar suami. Dia tidak kisah suaminya tidak ingin melayan dia dengan baik kerana dia sudah biasa dilayan sebegitu tapi dia tidak tahan mendengar kata-kata cacian suaminya terhadap arwah ibu bapanya.

 “Abang, saya tak kisah abang selalu marah marah saya, saya reda tapi saya mohon dengan abang jangan caci arwah ibu dengan ayah macam tu. Mereka dah lama meninggal. Saya hanya ada abang je sekarang ni”

 “Kau fikir aku peduli? Berapa kali aku nak cakap dekat kau yang aku tak suka kau panggil aku abang. Tak payah berlakon baik sangat la depan aku. Aku tahu semua ni rancangan kau kan? Tak pasal-pasal aku kena kahwin dengan kau. Aku buat semua ni pun sebab permintaan mama tahu tak. Kalau tak mati hidup semula pun aku tak ingin lah”

 “Abang, Nia tahu Nia tak sempurna. Nia ni budak kampung je, anak yatim yang cuma tumpang kasih sayang mama abang. Tapi Nia cuba untuk jadi isteri yang terbaik untuk abang. Abang tolong la bukakan pintu hati abang walaupun secebis untuk Nia taburkan dengan cinta Nia. Nia ikhlas cintakan abang”

 “Meluat aku dengar kata-kata kau ni” 

Bedebush! Sengaja dia menghempas pintu rumah dengan kuat untuk menyakitkan hati perempuan itu.

                                                                               ***

 “Sakit hati betulla aku dengan perempuan tu. Lama-lama aku boleh jadi sakit jiwa duduk serumah dengan dia.” Bebel Amriz seorang diri

 Knock knock..

 “Siapa pula la pagi-pagi lagi dah ketuk pintu, aku dahla tengah panas. Masuk” 

“Riz aku ada benda nak bincang dengan kau”

 “Haa kau nak apa Fareed? Projek dekat Danga Bay tu dah settle?” 

“Aku bukan nak cakap pasal projek dekat Danga Bay ke apa ke” 

“Habistu pasal apa pula ni”

 “Pasal Nia”

 “Kenapa pula pasal Nia, apa kaitan dengan kau?”

 “Aku pelik dengan kau ni. Nia tu perempuan paling sempurna aku pernah jumpa. Lembut, sopan santun, baik, bertanggungjawab dan paling penting setia. Tapi aku tak pernah tengok kau berlembut dengan dia. Asyik menengking, tinggikan suara tu je yang kau pandai” Fareed kelihatan sangat marah.

 “Kau sibuk sangat pasal dia kenapa? Suka hati aku la. Memang aku tak ada perasaan dekat dia. Cinta ke rindu ke apa entah, memang tak ada”

 “Kau lelaki paling tak bersyukur aku pernah jumpa. Dah dapat perempuan sebaik Nia tapi masih menjalinkan hubungan dengan si Zahra tu. Kau tak tahu dia hanya mainkan kau.” 

“Apa maksud kau? Tak payah nak reka cerita la, aku kenal Zahra tu macam mana”

 “Kalau kau betul-betul kenal perangai dia, tanduk dia, kau takkan pernah sukakan dia. Kau memang lelaki yang tak pandai menilai yang mana satu kaca yang mana satu permata!” 

Tengkingan Fareed menaikkan bara Amriz

 “Hey kau cakap baik-baik sikit Fareed. Yang kau bela sangat si Nia tu kenapa? Kau suka dia ke?” 

Jelingan tajam diberikan kepada Fareed

 “Yes. Still. Always. Sejak di universiti lagi aku dan dia suka sama suka. Tapi dia terpaksa ikut cakap mama kau. Kalau tak dia dah hidup bahagia dengan aku. Sebab apa? Sebab aku akan curahkan dia dengan kasih sayang yang melimpah. Aku akan hargai dia. Tak macam kau.”
Berdesing telinga Amriz mendengar kata-kata Fareed.

 “Oo, jadi ni la permainan kau berdua ye. Takpe selagi dia hidup dengan aku, aku akan pastikan hidup perempuan tu tidak akan pernah bahagia”

 Amriz tersenyum sinis

 “Riz...”

 “Stop, aku taknak dengar apa-apa lagi. Keluar dari bilik aku sekarang. Keluar.”

 Fareed terpaksa akur dengan arahan Amriz kerana memang salah dia menganggu ketenteraman Amriz waktu kerja. Dia akur dalam terpaksa. Tapi yang pasti dia tetap akan membela Nia dan akan melakukan apa sahaja untuk Nia, cinta pertamanya.

                                                                                  ***

 Malam itu. Sebaik sahaja kereta diparkir di dalam garaj. Dengan melulu Amriz masuk ke dalam rumah tanpa sebarang ketukan apatah lagi salam. Perasaan marahnya meletus-letus tidak tertahan. 

“Nia! Nia! Mana kau? Keluar sekarang!”

 Habis di setiap pelosok rumah dia mencari. Hingga ke dapur namun masih tidak kelihatan kelibat perempuan itu. Dia terus mendaki tangga menuju ke biliknya. Kelihatan Nia sedang melipat kain solatnya setelah selesai menunaikan solat Isya’. Tanpa belas kasihan Amriz terus menarik tubuh kecil perempuan itu lalu menolak bahunya terus ke lantai. Kepalanya terhantuk kecil di bucu katil. 

“Aduh! Kenapa abang ni?” rintih Nia kesakitan

. “Aku nak kau mengaku. Mengaku yang kau masih ada perasaan dekat Fareed tu. Dia kekasih kau dulu kan? Kenapa kau tak kahwin je dengan dia dulu. Kenapa kau kahwin dengan aku. Kau nak sangat dia kan. Pergilah. Pergi! ”

 Tengking Amriz kepada Nia. Nia terkedu. Dia menelan liur sebelum memulakan pembicaraan. 

“Abang, apa abang cakap ni? Nia dah jadi isteri abang kan. Nia kahwin dengan abang bukan atas permintaan mama sahaja tapi memang Nia cintakan abang. Percayalah cakap Nia. Nia tak pernah tipu.” 

Terang Nia dengan bersungguh-sungguh meraih belas kasihan Amriz. 

“Argh! Kau ingat aku percaya? Si Fareed tu dah beritahu aku segalanya. Dulu kau dengan dia saling menyukai kan? Kenapa kau rahsiakan daripada aku? Fareed tu cinta pertama kau dan kau tak patut kahwin dengan aku. Pergi! ”

 Hampir sahaja dia menampar pipi gebu perempuan itu. Namun langkahnya terhenti. Nia menekup mukanya menahan sendu. Sampai hati suaminya sendiri ingin memukulnya. Nia menangis teresak esak. Dalam esakan itu, Nia masih cuba bertahan untuk menerangkan perkara sebenar. 

“Abang, saya dan Fareed tu dah tidak ada apa-apa hubungan lagi. Ya kami saling menyukai. Tapi itu dulu. Sekarang hati dan cinta saya hanya kepada abang. Percayalah. Mungkin dia cinta pertama saya tapi abang cinta terakhir saya. Tiada yang lain selain abang.”

 Semakin bertambah esakan Nia. Amriz meninggalkannya begitu sahaja ibarat digantung tak bertali oleh langit yang tak berbumbung. Malam itu semuanya bagaikan pilu. Mengharapkan kepulangan suami tercinta membawa bahagia malah derita dan kesakitan yang tiada penghujung pula yang kunjung tiba. Nia hanya mampu berdoa agar dilembutkan hati suaminya untuk menerimanya sebagai isteri. Buat selamanya. 

                                                                                 ***

 1;00p.m .

 “ Hai Zahra, jom teman I lunch. Dua tiga hari ni hidup I stress sikitla” 

“ Alahai yes of course boleh sayang.”

 “Yes! Ok I ambik you sekarang.” 

Talian dimatikan. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan kekasih ‘gelapnya’ itu. Mengharapkan pertemuannya hari ini dapat diluahkan segalanya kepada si Zahra. Semasa dalam perjalanan, Amriz dan Zahra saling bertukar cerita. Habis hingga ke zaman universiti diingat kembali. Zaman hangat bercinta la katakan

. “Hahaha you ingat lagi tak masa mula-mula you confess your feeling dekat I? Habis merah padam muka you masa tu. Kelakar betul la.”

 “You ni tak perlulah nak ungkit masa tu, malulah I.” 

Perbualan mereka sangat mengasyikkan sehingga Amriz terhilang fokus semasa memandu dan dengan tidak sengaja... Bedebush! Brek ditekan dengan mendadak. Tersungkur badan mereka berdua ke hadapan. Namun nasib masih menyebelahi mereka. Kemalangan itu berlaku kerana Amriz terlanggar sesuatu. 

“ Aduh apa pulak ni?”

 Dengan pantas Amriz terus membuka pintu kereta dan berlari ke arah hadapan kereta ingin melihat apakah yang telah menyebabkan kemalangan kecil itu berlaku. Terbuntang mata Amriz melihat darah pekat mengalir dengan banyak. Hormon adrenalina dirembes menyebabkan Amriz berasa sedikit berdebar dengan apa yang dilihatnya. Spontan tangan Amriz terus mendakap perempuan bertudung itu dan meletakkan kepala perempuan itu di atas ribanya. 

“Cik, cik bangun cik”

 Dia sedar perempuan itu sudah tidak sedarkan diri tapi sengaja dia mengejutkan perempuan itu juga. Dialihkan kepala wanita itu menghadap mukanya untuk dilihat wajahnya dan Amriz sangat terkejut dengan wajah yang dilhatnya. Wajah yang dia benar-benar mengenalinya... 

                                                                                 *** 

Di hospital. Sebaik sahaja doktor yang bertugas keluar dari bilik pembedahan. Melulu Amriz mengejar doktor tersebut dan menanyakan keadaan perempuan yang dilanggarnya tadi.

 “Macam mana dengan keadaan isteri saya doktor?” 

Tanya Amriz dengan perasaan gementar. 

“Encik, kami dah berusaha sedaya upaya. Isteri encik kehilangan terlalu banyak darah dalam kepala. Maafkan saya. Mungkin isteri encik orang yang baik jadi Allah lebih sayangkan dia”

 Kata-kata itu telah membuat matanya kabur ibarat mahu pitam sahaja. Dunia ini bagaikan gelap. Ya isteri saya memang orang yang baik. Terlalu baik. Sehingga saya tidak sempat membalas segala budi baiknya.

 “ Nia, maafkan abang.” 

Terpacul kata-kata maaf itu setelah perginya isterinya buat selamanya. Namun sayang kata-kata itu terlalu lewat untuk diucapkan. Menangis airmata darah sekalipun tidak ada apa yang boleh mengubah kuasaNya.

 Seminggu sudah berlalu. Hidup Amriz dirasakan kosong sekali. Pada saat itu airmata lelakinya meluncur laju sehingga menganak sungai di separuh pipinya. Amriz telah terjumpa buku milik Nia yang menjadi tempat Nia meluah perasannya selama ini. Dia membelek dengan penuh syahdu hinggalah pada satu helaian terakhir pada tarikh kematian isterinya...

 Assalamualaikum kepada imamku yang tersayang,
 Abang, Nia minta maaf jika selama ini Nia merahsiakan tentang Nia dan Fareed. Tapi sejujurnya Nia lakukan semua itu untuk kebaikan rumahtangga kita. Nia dah taknak ingat lagi apa yang dah berlaku dulu sebab Nia dah jadi isteri abang. Jadi seorang isteri hanya perlu menjaga dan taat pada suaminya sahaja. Nia betul-betul minta maaf jika dah sakitkan hati abang semalam. Nia harap sangat jodoh kita berpanjangan sampai ke akhir nanti; di syurgaNya. Jadi sebagai tanda Nia minta maaf, Nia nak masakkan masakan kesukaan abang harini. Ikan masak tempoyak! Mesti abang suka kan. Jadi Nia nak pergi beli barang-barang nak masak untuk abang. Abang balik awal harini ye? Kita makan sama-sama. Nia harap sangat abang boleh maafkan Nia. Nia sayang abang. Walau apa pun jadi, Nia tetap akan setia pada abang sorang je  with love just you. 

Yang akan sentiasa mencintaimu,
 Isterimu, Hanania

 Berjurai airmata Amriz tatkala membaca buku itu. Selama ini dia memang betul-betul buta terhadap cinta Nia kepadanya. Apa yang boleh dia lakukan sekarang hanyalah berdoa supaya Nia ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah. 

“ Nia.... abang... minta maaf. Abang betul-betul.... minta maaf “

 Buat ke sekian kalinya dia meminta maaf. Namun semuanya bagaikan ditiup angin kerana hidupnya telah berubah. Amriz sangat menyesal dengan segala perbuatannya selama ini. Dia menyesal kerana tidak pernah cuba untuk menghargai Nia semasa hayatnya.

 “ Aku menyesal........”

0 comment[s]

Status : No need to be worry of your future because it has been planned by Allah as beautiful the way is, all you need is just work towards it. Gambate!


Arigatou!